Wednesday, May 13, 2009

ASAL ROYAT TIMBUL CERITA

Asal royat timbul cerita, Kampung Chengal ni duduknya dalam mukim But, daerah Kadok. Ianya berdekatan dengan pekan Ketereh dan Melor.
Dari sudut sejarah, nama kampung ini diambil daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Chengal. Mengikut cerita mulut orang tua-tua (antara yang masih ambo ingat ialah cerita dari gemullah Tok Ayah Pa-pengasas sekolah Melayu Kampong Chengal, gemulah Wak Aji Jusoh Tok Mudim, gemulah Tok Wan Sahak dan Wak Di Tuke Rumah -satu-satunya veteran yang masih ada) dahulunya di sini terdapat pokok Chengal yang banyak dan ada diantaranya bersaiz 5 pemeluk orang dewasa. Ekoran dari itulah, maka kawasan ini dinamakan Kampung Chengal.

3 comments:

  1. saya sayang smk kampong chengal ni...ia menjadi kebanggaan semuaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. saya harap budak2 pmr tahun2010 mendapat kejayaan yang cemerlang,yeaaa......

    ReplyDelete