Saturday, June 27, 2009

HAPPY BIRTHDAY ,MY DAUGHTER FATIN ATHIRAH



Kakak,
It’s hard to put into words
The things I want to say
To tell you just how special
You are to me each and every day

Kakak,
I want you to know
What a joy it is to be
The parent of a daughter
Who means so much to me

Kakak,
I'm proud to be your PAPA

Love
PAPA

Friday, June 26, 2009

TEWAS TIPIS





Dalam perlawanan akhir kelmarin, nasib tidak menyebelahi pasukan kita setelah tewas tipis kepada Kor 1-2. Walaupun mendahului seawal minit ke 15 melalui jaringan Faizal, tetapi akhirnya kita akur kepada pengalaman pasukan lawan. Walau bagaimanapun tahniah pada semua pemain yang telah berjuang bermatian-matian untuk memastikan Chengal FC berada di perlawananan akhir. Terimakasih juga pada semua penyokong yang turut setia memberikan sokongan. Kita akan berjuang lagi diperingkat parlimen.

Tuesday, June 23, 2009

AL FATIHAH

Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Mayedi bin Ishak yang telah kembali kerahmatullah pada hari Khamis (jam 9 malam Jumaat )19/06/09 . Jenazah telah selamat dikebumikan di Perkuburan Star, Padang Kedondong pada pagi Jumaat 20/06/09 jam 11 pagi.Anakanda sulung arwah ialah Saudara Khairul Hisyam Mayedi. Takziah dari kami anak anak muda Kampong Chengal.

FINAL LIGA BOLASEPAK DUN KADOK

Telah diputuskan bahawa perlawanan akhir akan diadakan pada :

Tarikh : 26/6/2009
Hari : Jumaat
Tempat : Padang Majlis Daerah Ketereh ( MDK - dulunya MDKB )
Masa : 5 petang

Jemput beramai-ramai ke padang untuk sama-sama memberikan sokongan.

Friday, June 19, 2009

KEJUTAN DI MASJID

Selepas solat Jumaat tadi, Pak Su Awang Tok BIlal masjid Mukim But, Chengal telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai bilal masjid berkuatkuasa serta merta. Ramai jemaah yang terkejut dan sedih atas pengunduran Pak Su Awang. Tidak diketahui apakah punca kepada tindakan beliau. Banyak lah sosek-sosek parlimen kedai kopi dok buat analisis, tapi semua nya banyak hok tak molek daripada molek. Biasalah , manusia ni kalu nak berkecek hok tak molek mudah sangat karal bari.Ambo tanya Pak Su sendiri, dia katanya padan lah, dia sudah lama berkhidmat,sudah lama pegang jawatan.Sejak dari pembukaan masjid But yang diasaskan oleh Gemulah Tok Ayah Pa (cikgu Hj. Pa Awang Besar), Gemulah Cikgu Mat Rafie, Gemulah Tok Gawa Jali dan Arwah Tok Imam Pak Su Hj. Lah lagi.Dia juga sudah berkhidmat dengan 7 orang Imam Mukim sehingga kehari ini.Ambo kenal Pak Su Awang ni, orang nya baik sangat-sangat,muka senyum sokmo, suka tolong orang dan mudah mesra baik orang muda atau hok tua. Apapun, ambo bagi pihak orang muda merakamkan jutaan penghargaan atas jasa yang tak ternilai kepada Pak Su, semoga segala kerja buat Pak Su akan diberkati Allah.

CHENGAL MASUK FINAL

Alhamdulillah, anak-anak buah ambo berjaya masuk final Liga Bolasepak DUN Kadok setelah menewaskan Talang dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ni. Mat Jani telah menjaringkan gol terpantas, lebih kurang 5 saat selepas sepak mula. Anak jantan Pak Od, Kimi pula menambah jaringan untuk menjadikan kedudukan 2-0 hingga tamat perlawanan.Tarikh perlawanan akhir belum ditetapkan lagi. Terimakasih pada semua pemain dan penyokong atas komitmen masing-masing. Terimakasih juga pada Pak Su Eel, Cikgu Mazi, Sulong, Pak Od, Tok Kadi Naim, Robot,Nazam HA,Chief Inspektor Zulhisyam, Aswad, Rokbi Bangi, Pa MDKB, Pak Od MDKB, Cikgu Ladin dan lain-lain ats sumbangan T- shirt utk perlawanan akhir. semoga kita berjaya !

Tuesday, June 9, 2009

PROGRAM TITIAN GEMILANG V ANJURAN PEMUDA UMNO KETEREH DAN UNIVERSITI MALAYA


Naib Ketua Pemuda, Saudara Rosyuri Ariffin sedang berucap sebelum para pelajar berlepas ke KL


Cikgu Mazi sebagai guru pengiring sedang memberikan maklumat perjalanan program


Para peserta bergambar sebelum bertolak ke KL. Turut kelihatan Puan Marzuani Ardilla, Ketua Puteri UMNO Ketereh.

Seramai 55 pelajar tingkatan 5 dari SMK Kg. Chengal dan sekolah-sekolah menengah sekitar Ketereh telah terpilih mengikuti program Motivasi Titian Gemilang siri 5 anjuran Pemuda Umno Ketereh dan UM. Program ini adala atas usaha Saudara Helmie, AJK Pemuda UMNO Ketereh atas kapasiti beliau sebagai Alumni Kelab UMNO Luar Negara (penganjur). Terimakasih banyak-banyak. Bulih la jugak budak budak kampung kawe sampai KL.Inilah sebahagian sumbangan puak-puak kawe kepada adik-adik demi masa depan mereka. Bukan macam puak satu lagi hok hanya pandai berkecek dan mengkritik saja tapi tak pernah buat apa-apa untuk kemajuan anak bangsa !