Sunday, May 24, 2009

BOLA..BOLA...BOLA


Sebullah , last man Chengal

Puak Chengal ni sejak ritu-ritu lagi memang ramai melahirkan pemain-pemain bolasepak hok kiranya masuk gred A lah. Antaranya kalu zaman 70-80an dulu kembar Zairi -Zamri, Nor Azmi Abe Nor, Meyi Pok Tih,Stopa Manah, Jali Pok Lah dan ramai lagi.Seterusnya era kawe dan Bo'ey, Mat Jani, Cikgu Zulal, Zalila, Aladin dan Basudi pulak ambil alih. La ni, Ku Yat, Kimi, Sebullah, Ise Taik Lalat, Kaspu,Asraf, Korri, Fauzi Hak,Ribut, Mamut, Mahasan,Mior, Ajik dan lain-lain pulak menguasai. Mat Jani dan Bo'ey pulak dah jadi veteran atas padang. Baru-baru ni main di SK Perol bulih johan. Minggu depan ni pulak masuk separuh akhir Liga DUN Kadok. Harap-harap dapat menang besar serupa kita belasah Paloh Rambai masa suku akhir dulu.

Sunday, May 17, 2009

KITA PAKAT JAGA KAMPUNG


Majlis perasmian KRT Kg. Chengal



Acara belah pulut semangat tanda perasmian KRT Chengal

Alhamdulillah, Pada 10 April 2009, bertempat di Madrasah Pak Cu Hj. Lah Chengal, majlis perasmian Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg. Chengal telah disempurnakan oleh Ybrs . Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kelantan, Tuan Haji Abdul Hadi bin Salleh. Kawe bangga dan terharu kerana penubuhan KRT ini telah mendapat sokongan positif daripada penduduk Chengal dan sekitar seperti But, Padang Kedondong, Paloh Rambai dan Batu 11.Dalam masa terdekat ini Skim Rondaan Sukarela (SRS) pula akan dimulakan.Lebih kurang 180 orang telah mendaftar untuk menyertai SRS ini. Kawe menyeru kepada semua adik kakak tua muda,sama –sama lah kita pakat-pakat jaga kampung kita ini.

Saturday, May 16, 2009

DARI BENDANG KE MERCU TANDA


SMK Kampong Chengal pandangan dari hadapan


Pangsapuri@ Kuarters Guru SMK Kampong Chengal


Asal nya bendang padi selaut mata memandang. Dulunya masa kecik-kecik kawe dan saing -saing suka tahan 'tauk' dan 'jerkap' ikan dalam bendang ni.SMK Kampong Chengal ni mula dibuka tahun 2006. Sekolah ni adalah sekolah bestari lengkap dengan asrama, dewan dan pangsapuri untuk guru-guru. Di sekolah ni juga ditempatkan pelajar-pelajar bolasepak dibawah program Kijang Emas JPN Kelantan. Dari jalanraya depan sekolah ni, dulu nya kita boleh jemberang ke Kampung Kubang Badak (kampung saing-saing kawe seperti Jeme Pak Da Awang, Nik Azman, Sarimah, Mazelah, Mazlan Che Mat, Suria dan Ku Jah ) melalui Kube Jaba.Sekolah ni memang nampak hebat, sesuai dengan nama Kampung CHENGAL,keras dan padu. Kawe bangga weh !

DAUD MEK ESAH


Daud Mek Esah @ Pak Od


Antara warga separa veteran yang rapat dengan kawe ialah Mat Daud b. Yaakob @ Daud Mek Esah @ Pak Od. Dia ni kerja di MDK( Majlis Daerah Ketereh ).Minat sangat bola. Kebetulan pulak kawe pun main bola jugak dulu. Lo ning kawe dan dia sama -sama main peranan jaga budak-budak bola di Chengal ni.Memang kawe dengan dia ni baik serupa adik-beradik, cuma politik jah fahaman lain-lain! Tapi hok tu tidak jadi masalah dan tidak pernah merenggangkan hubungan kawe dengan dia.

Thursday, May 14, 2009

SK KAMPONG CHENGAL


Bangunan baru SKKC


Bermula dari sekolah melayu pertama dengan nama Sekolah Melayu Kubur Star, atas usaha gemulah Cikgu Pa, satu-satunya sekolah rendah di sini terus berkembang hingga tertubuhnya SK Kampong Chengal. Di sekolah ni lah kawe mula kenal pendidikan formal pada tahu 1977, masuk darjah 1. Ramai saing -saing hok segar dale ingatan kawe. Ada hok tiap tiap hari ambo jumpa, ada jugak hok dah berpuluh tahun ambo tak jumpa. Kalu sapa sapa tahu , atau tuan hak sendiri terbaca blog ni, bulih la contact kawe e-mail maziemn@yahoo.com ; Cikgu Zulal kawe jumpa hari-hari, hok lain lain serupa Pudin, Tuan Zaimi, Rosliza Yaakob, Suhaimi, Meran Latif, Sufian, Suria, Ku Jah, Zaleda ( ingat sokmo sokmo ), Mat Zahar, Rezula , Saidi Pak Tih, Nik Azman, Sarimah, Halim Kadir, Affan, Osman, Murni, Azizah Tahir ( lagu mana rupa dah lo ni ) jarang atau tak dengar berita langsung. Duduk mana belaka weh ?

Wednesday, May 13, 2009

ASAL ROYAT TIMBUL CERITA

Asal royat timbul cerita, Kampung Chengal ni duduknya dalam mukim But, daerah Kadok. Ianya berdekatan dengan pekan Ketereh dan Melor.
Dari sudut sejarah, nama kampung ini diambil daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Chengal. Mengikut cerita mulut orang tua-tua (antara yang masih ambo ingat ialah cerita dari gemullah Tok Ayah Pa-pengasas sekolah Melayu Kampong Chengal, gemulah Wak Aji Jusoh Tok Mudim, gemulah Tok Wan Sahak dan Wak Di Tuke Rumah -satu-satunya veteran yang masih ada) dahulunya di sini terdapat pokok Chengal yang banyak dan ada diantaranya bersaiz 5 pemeluk orang dewasa. Ekoran dari itulah, maka kawasan ini dinamakan Kampung Chengal.